Omar Othman

Dato’ Sri Doktor Haji Omar bin Haji Othman[1] (1950 – 10 Februari 2020) ialah seorang ahli politik Malaysia dari Pahang. Beliau ialah bekas Ahli Mesyuarat Kerajaan (EXCO) di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Betong (1986 – 1990) dan Jelai (1990 – 2004) daripada parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).